Mungkin sesuai tajuk ini kerana ambe tidak tahu judul puisi mahupun penulisnya... Apapun agak pelik kerana ambe boleh mengingati irama dan liriknya (mungkin ada beberapa kesilapan kecil).
Oleh itu mohon kepada sahabat yang tahu maklumat mengenai puisi ini agar memaklumkan ke ambe. Lagu ini ambe 'upload' semula agar tidak hilang begitu saja.
Berikut adalah liriknya.
APAKAH
Apakah yang pernah kau temui
Dari puisiku lebih tidak dari secukup
Kata-kata lumat dijernih
Siang yang memekarkan mawar
Di ketika kata kata telah layu
Bila puputan Laut China datang lewat
Pada musim yang menjanjikan gerhananya siang
Dengan apakah akan kau mampir nanti
Bila bait demi bait puisiku
Selalu dalam rindu
Nya pada malam yg telah lewat
Dari ditidur subuh
Nya yang tiada mimpi digelut
Oleh siapakah ..
Sendiri itukah ..
Yang kau cari ..
Selama ini
Download mp3 via 4shared.com
Dengarkan mp3
0 Response to "Apakah - Lagu Puisi Imbauan Silam"
Catat Ulasan