MITOS MENGENAI DURIAN
Berikut adalah antara pantang larang durian di kalangan masyarakat Melayu. Reung-renungkan...
Sumber : Pejabat Pertanian Daerah ManjungBerikut adalah antara pantang larang durian di kalangan masyarakat Melayu. Reung-renungkan...
- Pokok durian tidak boleh kena tembakan - Pokok akan mati meragan kerana bisa peluru.
- Batang durian jangan dirembas dengan batang tepus - Semua buah durian di atas pokok akan gugur.
- Jangan dikait buah durian di pokok - Buah susah gugur di musim akan datang.
- Jangan tambat binatang ternakan di bawah pohon durian - Akan rosak dan pokok akan terbantut dan mati.
- Jangan menebas dibawah pokok pada musim berbunga - Bunga akan gugur dan buah tidak menjadi.
- Jangan berkelahi/berebut-rebut hasil buah durian - Buah tidak menjadi di musim akan datang.
- Minumlah air dari dalam kelopak kulit durian - Untuk kurangkan kepanasan dan sendawa berbau.
- Pokok durian perlu diasapkan - Menjadi baja daun & mengelakkan serangga perosak
- Jerut pokok durian dengan akar lembut - Menggalakkan pokok berbuah lebat.
- Jangan buat ampaian pada pokok durian - Buah akan berkurangan dan pokok mungkin mati.
- Jangan taruh carbide di pangkal pokok - Akar akan rosak dan pokok mati kepanasan.
- Jangan tongkat dahan yang berbuah dengan buluh - Dahan akan mati selepas musim buah.
0 Response to "Mitos Durian - Pantang Larang"
Catat Ulasan