Durian merupakan tumbuhan natif dari kawasan di Malaysia dan juga Thailand tetapi kini telah disebarkan ke kawasan lain seperti di Sri Lanka, Selatan India, Myanmar, Vietnam, Filipina, New Guinea dan kini telahb banyak di tanam di Australia Utara. Di Malaysia sahaja terdapat seluas 104,655 hektar tanaman durian dilaporkan oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2011 dengan penghasilan sebanyak 300.47 juta metrik tan yang bernilai RM 1.40 billion. Terdapat banyak spesis durian dan jenis yang popular ditanam adalah Durio ziberthinus Murr. . Antara spesis lain yang boleh dijumpai dibeberapa lokaliti seperti di Borneo, Indonesia dan Thailand adalah seperti durian dinamakan sebagai Lai (Durio kutejensis), Keratongan Durio oxleyanus (Hairy durian) ,Tabelak Durio graveolens (Red Durian) dan Lahong Durio dulcis (Durian berbau kuat). Spesis tersebut adalah spesis yang jarang kita jumpa. Durian dalam pengkelasan adalah dibawah Order Malvales iaitu dalam Keluarga Bombaceae. Keluarga Bombaceae mempunyai 200 spesis dimana genus Durio mempunyai 28 spesis yang mana 19 spesis daripadanya terdapat di kepulauan Borneo. Banyak tu! . Daripada 19 spesis tersebut, didapati sebanyak 14 spesis terdapat di Sabah dan 16 spesis di Sarawak (Abang Mokhtar, 1991). Adakah spesis-spesis ini telah diambil dan digunakan untuk program pembiakbaka oleh negara lain ?.
Pokok durian sebagaimana yang kita lihat merupakan pokok yang boleh membesar jika tumbuh semulajadi dihutan atau lama ditanam dalam kebun secara komersil. Sebagai pokok didalam kawasan tropika yang lembap dan panas sepanjang tahun, ia amat sesuai ditanam dan subur jika ditanam dikawasan kampong sepanjang tebing sungai. Saya dapati ada laporan yang menyatakan terdapat tanaman durian sejauh di Afrika dan Madagascar yang dibawa oleh orang Melayu pada zaman dulu tetapi kecil jumlahnya. Biji durian juga tidak tahan lama untuk di bawa kelokasi yang sangat jauh. Bagaimana pun Australia telah membawa masuk benih-benih durian sekitar tahun 1975 dan kini telah menjadi satu komoditi penting durian yang ditanam di Australia mulai tahun 1980. Di Malaysia kebanyakan pokok durian lama (Durian Kampong) ditanam oleh orang-orang Melayu semenjak lama dulu di kawasan keliling rumah dan dusun kawasan kampong iaitu 87% daripada jumlah keluasan tanaman. Penanaman durian secara komersil dengan klon atau varieti terpilih dijalankan oleh kaum Cina dengan anggaran 12% daripada jumlah keluasan. Kawasan konsentrasi penanaman durian adalah di Johor dan Perak serta Pahang.
Buah durian adalah buah bermusim yang lazimnya berbuah setahun sekali. Walau pun sekarang ada buah luar musim, lazimnya ini berlaku akibat perubahan cuaca atau amalan agronomi yang dijalankan oleh petani. Kejadian durian berbuah dua kali setahun banyak dilaporkan terjadi dikawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia tetapi jarang berlaku di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak. Musim utama pengeluaran buah durian di Pantai Barat Semenanjung adalah pada Bulan November - Disember dan Luar Musim pada bulan Mei - Jun. Dikawasan Pantai Timur pula sekitar Ogos - September. Kajian menunjukkan di Selatan Semenanjung pula, bulan Julai merupakan kemuncak penghasilan buah durian yang bermula daripada Pontian dan naik keatas. Musim buah durian di utara Semenanjung adalah agak pendek dimana ia memuncak pada bulan Ogos setiap tahun. Di Sabah dan Sarawak pula musim buah durian lazimnya adalah dari bulan September hingga Oktober walau pun berlaku buah pada luar musim.
Petik buah durian di Thailand |
PENGENALAN DURIAN.... BANYAK KISAHNYA...
SEJARAH DURIAN ... ADA RUJUKANNYA...
DURIAN MALAYSIA .... GUGUR BUAHNYA...
DURIAN THAILAND ...PETIK DI POKOKNYA...
MUSANG KING ... POPULAR NAMANYA...
DITHAILAND PULA ... MON THONG ADANYA...
Terima kasih : Anim Agro Technology
0 Response to "Pengenalan Durian (Bahagian 1)"
Catat Ulasan